Siakap Keli
Gambar Via Bernama

(Video) Mekanik Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang

GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Seorang mekanik maut selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Perak di sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak A’azelan Hassan berkata mangsa, Yong Geeng Huei, 53, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 9.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebatang pokok dengan ukur lilit dua meter telah tumbang menghempap sebuah kereta dengan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu.

“Kami mengalami kesulitan mengeluarkan pemandunya kerana dahan pokok yang besar dan perlu melakukan pemotongan terlebih dahulu dengan bantuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Angkatan Pertahanan Awam serta Pasukan Bomba Sukarela,” katanya ketika dihubungi hari ini.

A’azelan berkata mayat lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 11.15 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.