Siakap Keli

(Video) Viral Aksi Pengawal Keselamatan Buka Pintu Lif ‘Guna’ Jutsu “Hand Sign” Ala-ala Naruto, Ditonton Lebih Sejuta Kali

INDONESIA- Aksi seorang pengawal keselamatan (lelaki) menggunakan jurus ala anime Naruto untuk membuka pintu lift menjadi viral di media sosial.

Aksi tersebut terakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berada dalm lift. Video berdurasi 31 saat itu, kini viral setelah diungkah oleh akaun Twitter (@txtdrberseragam).

Ketika babak berkenaan dirakam, pengawal keselamatan tersebut berada sendirian dalam lift.

Rakaman itu menunjukkan dia memasuki lift dan menekan ‘butang’ tingkat yang hendak ditujui. Tidak lama kemudian, dia dengan penuh gaya dengan bergayanya melakukan ‘jutsu hand sign’ yang dipopularkan menerusi anime Naruto.

Dia melakukan aksi itu didepan dinding lift yang memantulkan aksinya.

Tidak terhenti disitu, dia dilihat mengeluarkan jurusnya sekali lagi setelah tiba ditingkat yang dituju.

Aksinya mendapat perhatian warganet Indonesia yang meninggalkan pelbagai komen diruang komen.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah