Siakap Keli
Gambar: inews.Sulsel.id

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 14 Buah Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5:20 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling)

Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim)

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai)

Terengganu: (Hulu Terengganu)

Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin)

Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat)

WP Putrajaya

Negeri Sembilan: (Jempol dan Tampin)

Melaka

Johor: (Tangkak, Segamat, Kluang dan Mersing)

Sarawak: Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat

WP Labuan

Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkaan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Aqmal Ezany

I write what is right