Semalam Menteri Kanan Pertahanan kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mengumumkan satu pengumuman mengenai had umur persaraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media ketika menghadiri Majlis Perjumpaan & Berbuka Puasa bersama persatuan-persatuan veteran di Wisma Perwira ATM semalam.
Berdasarkan laporan berita AirTimes, berikut di bawah adalah ringkasan kandungan ucapannya semalam mengenai had umur persaraan tersebut:-
1) Menurut Ismail, semua anggota yang masih berkhidmat dicadangkan untuk wajib meneruskan perkhidmatan mereka sehingga 21 tahun.
2) Cadangan itu akan melibatkan pindaan Akta Angkatan Tentera 1972 yang membabitkan peraturan pencen dan ganjaran.
3) Buat masa ini, anggota masih boleh memilih untuk berkhidmat selama 12, 15 dan 18 tahun dan menamatkan perkhidmatan mereka. Namun begitu, mereka tidak akan menerima pencen. Bagaimanapun selepas 21 tahun berkhidmat, barulah mereka akan diberi pencen.
4) Sekiranya mula berkhidmat pada usia 18 tahun, biasanya mereka akan diberi pencen pada umur yang muda. Itu bermakna mereka akan berpencen awal dan usia anak-anak masih kecil.
5) Atas sebab itulah Kementerian Pertahanan akan membuat pindaan Akta Angkatan Tentera 1972 supaya semua anggota perlu berkhidmat selama 21 tahun dan layak menerima pencen.
6) Pihaknya sudah berbincang dan mencadangkan supaya anggota-anggota yang masih bekerja ini haruslah mencecah tempoh perkhidmatan 21 tahun supaya boleh menerima pencen.
7) Ini adalah jaminan Kementerian Pertahanan buat mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya 21 tahun agar mempunyai sumber pendapatan untuk melangsungkan kehidupan ketika selepas bersara kelak.
Sumber: AirTimes