Siakap Keli

Lelaki Rayu Diberikan Kerja Untuk Dapat Duit Beli Beras, Enggan Diberi Bantuan Percuma

INDONESIA- Kisah lelaki itu dikongsikan di akaun TikTok @cahary20. Lelaki yang itu datang ke sebuah klinik untuk meminta pekerjaan kerana mahukan wang bagi membeli beras.

“Lelaki ini datang bertanyakan kerja kosong di klinik tempat saya bekerja.”

“Saya beritahunya tiada pekerjaan kosong dan dia kemudiannya memberitahu bahawa isterinya sedang sakit dan anaknya pula jauh. Dia hanya ingin membeli beras,” menurut keterangan di video TikTok itu.

@cahary20

♬ Ayah – Seventeen

Pemilik akaun TikTok itu memberikan wang saku tetapi ditolak mentah. Lelaki itu mahu menerima wang atas usahanya sendiri dengan bekerja.

Lelaki itu bersetuju menerima wang yang diberikan setelah ditawarkan ‘kerja’ membersihkan halaamn klinik itu. Di dalam video itu, menunjukkan lelaki berusia itu meneruskan kerjanya walaupun ketika hujan.

Video TikTok itu kini viral di Indonesia, pemilik akaun TikTok itu memuat naik video dirinya berkunjung ke rumah lelaki itu yang dipanggil Rudi. Dia turut membawa wang sumbangan yang dikirim oleh orang ramai.

@cahary20

terima kasih untuk kalian semuaaa 🙏🙏

♬ Ayah – Seventeen

Sumber: @cahary20

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.