Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

PDRM Perketatkan SJR Di Setiap Plaza Tol Pada Aidilfitri Ini Elak Berlaku Rentas Negeri – KPN

Pihak Polis Diraja Malaysia akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di setiap Plaza Tol pada Aidilfitri ini. Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan berlakunya pergerakan rentas negeri terutamanya pada Aidilfitri ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV hari ini.

“Sejak beberapa hari kebelakangan Ini, jumlah mereka yang didapati positif COVID-19 setiap hari kekal berada pada tahap yang begitu tinggi.

“Tidak mustahil ia akan berganda sekiranya kita cuai. Anggota PDRM yang berada dalam mod stand-by semasa Aidilfitri akan digerakkan bersama anggota yang bertugas jika keadaan semasa musim perayaan tidak dapat dikawal.

Sumber: Bernama TV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa