Siakap Keli

“Tak Perlu Ambil Gambar Saya,” Uncle Kentang Terharu Ada Orang Ikhlas Derma & Tak Mahu Dikenali

Sebaik-baik pemberian adalah tangan kiri yang tidak nampak akan tangan kanan yang memberi. Ianya bermaksud seseorang itu memberi atau menderma dengan ikhlas tanpa memberitahu sesiapa.

Bukan sahaja tidak perlu memberitahu secara lisan, malah gambar wajah sebagai ‘bukti’ pun kalau boleh dihindari sama sekali. Biarlah tiada siapa perasan, hanya Tuhan dan dia saja yang tahu.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh figura kebajikan disenangi ramai, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang. Beliau hari ini berkongsi kisah seorang penderma yang langsung tidak mahu ‘dikenali’.

Jom ikuti kisah inspirasi ini, semoga menjadi tauladan buat kita semua.

Tak perlu ambil gambar saya

Gambar: Uncle Kentang

Inilah Malaysia. Derma ikhlas. Wanita Cina ini tidak mahu diambil gambar ketika derma kepada khemah Ramadan barang-barang makanan asas.

Kebahagiaan dalam Malaysia ialah setiap kaum menyumbang ke arah Malaysia yang jitu. Mana ada racistnya? Bagi saya, perpaduan kita amat mantap dan hebat.

Kadang-kadang adalah satu atau dua manusia yang ada agenda sendiri dan nak tunjuk hero buat komen yang kalut mengenai perkauman.

Kita harus ‘ignore’ mereka kerana mereka kurang berakal dan beragama. Kita rakyat Malaysia adalah yang terunggul di bumi bertuah ini. 

Jangan kita termakan hasutan dan hasad dengki seseorang individu. Kitalah yang sentiasa ‘ready’ dan cepat membantu antara satu sama lain tanpa mengira agama dan kaum.

Mana ada racistnya di Malaysia? #kausemuahebat

Sumber: Uncle Kentang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'