Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

TERKINI: PT3 Sesi 2021 Dibatalkan, UPSR Akan Dihapuskan Sepenuhnya Bermula Tahun Ini

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun ini telah dibatalkan, umum Menteri  Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md, Jidin.

Jelas Radzi, antara asas utama pembatalan tersebut adalah kerana mengambil kira masa yang ada bagi murid-murid membuat persediaan khususnya secara bersemuka bersama guru-guru di sekolah.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum ditangani sepenuhnya, dan kita mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira juga bahawa tanpa pelaksanaan PT3 pada tahun ini, kaedah pentaksiran masih boleh diteruskan,” katanya.

Dalam masa sama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pula dilapor akan dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun ini.

Bagaimanapun kata Radzi, pentaksiran akan dibuat melalui pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mulai tahun ini.

“Kementerian dalam usaha perkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara menyeluruh mulai 2022. Seperti mana yang kita laksanakan pada tahun ini, kemasukan ke asrama pada 2022 adalah berdasarkan PKSK,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'