Siakap Keli

Bayar RM599 Je Tapi Dapat Semua ‘Features’ Gempak Yang Korang Idamkan, Ini Sebab Kenapa Korang Kena Beli Telefon Ni

Zaman sekarang ni, semua orang pakai telefon pintar. Tapi kita semua tahu kalau telefon pintar yang fungsi dia gempak-gempak ni selalunya harga dia mahal. Kadang-kadang, ada yang harga telefon tu sama dengan gaji sebulan. Nak beli pun fikir 2 3 kali.

Tapi walau bagaimanapun, untuk korang yang tengah mencari telefon pintar yang murah tapi features dia high class, haa korang boleh try survey telefon OPPO A54 yang baru je dilancarkan ni. Harga dia Cuma RM599 je.

Apa yang menariknya pasal OPPO A54 ni? Berbaloi tak dengan harga dia? Let’s check it out

Design

Telefon OPPO A54 ini hadir dengan kerangka panel 3D dengan ketebalannya hanya berukuran 8.44mm sahaja. Oleh kerana ianya nipis, mudah untuk korang mengenggamnya. Ianya didatangkan dalam dua variasi warna yang ekslusif iaitu Starry Blue dan Crystal Black.

Peranti ini dibina dengan paparan yang bersaiz 16.66cm (6.51 inci) dan terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto 16MP.

Sistem nyahkunci

Peranti pintar ini menyokong sistem nyahkunci berasaskan cap jari yang berada di sisi.

Kamera

Untuk tetapan kameranya pula, peranti ni menampilkan tetapan tiga lensa yang terdiri daripada 13MP utama, 2MP makro dan 2MP bokeh.

a. AI Beautification

Mod kecantikan peranti ini mampu untuk menawarkan rakaman swafoto dengan pewarnaan dan kesan khas yang ditambah baik.

b. Kamera bokeh

Kamera bokeh 2MP ini boleh berfungsi mengaburkan latar belakang gambar korang dan hanya akan menonjolkan kecantikan kepada subjek. Dengan fungsi bokeh yang ditambah baik, ianya akan membuatkan korang lebih mendapat perhatian di dalam gambar tu nanti.

c. Macro Lens

Kamera peranti ini juga turut dilengkapi dengan mod macro lens yang membolehkan korang zoom sesuatu objek untuk melihat perinciannya yang sangat jelas dari jarak hanya satu sentimeter sahaja.

Bateri

Bercakap berkenaan bateri pula, ianya didatangkan dengan kapasiti 5,000mAh bersama dengan pengecasan pantas 18W melalui port Type-C. Kerana baterinya yang sangat besar, ianya mampu untuk bertahan selama 19.9 jam penstriman video dalam talian dan 41 jam hiburan muzik secara berterusan.

Algoritma AI yang terdapat pada peranti ini dikatakan dapat mengelakkan telefon korang terlebih membuat pengecasan. Setelah telefon bateri telefon anda yang sedang dicaskan mencapai 80%, ianya akan berhenti mengecas secara automatic sebelum menyambung pengecasan semula sehingga 100% sebelum anda bangun daripada tidur. Ini kerana ianya dikatakan berupaya untuk membuat pengecaman corak tidur korang.

Dibina dengan fungsi yang pelbagai dan tahan lasak

Dengan sistem IPX4 yang kalis air dan ketahanan yang diuji di makmal terhadap percikan air, radiasi, perubahan suhu dan banyak lagi, ternyata peranti ini sangat tahan lasak dalam keadaan terpasang.

Berbaloi jugak kan dengan harga yang dijual tu. OPPO A54 ni didatangkan dengan dua versi, isiatu RM599 untuk 4GB RAM + 64GB ROM dan RM699 untuk 4GB RAM _ 128GB ROM. So, kalau korang berminat untuk beli peranti OPPO A54 ni, korang boleh dapatkannya di laman web OPPO Malaysia. Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh kunjungi laman Facebook OPPO.

Spesifikasi

Aqmal Ezany

I write what is right