Siakap Keli
Gambar: Twitter Khairul Aming

“Dah Lebih 700 Botol Orang Beli Dari Dia,” Khairul Aming Dedah Ada Individu ‘Duplicate’ Sambal Dan Jual Yang Palsu

Rata-rata kagum dengan pencapaian Sambal Nyet keluaran Khairul Aming yang mencapai jualan lebih RM1 juta dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Pun begitu menurut chef selebriti berkenaan, sudah ada pihak yang mula muncul mengambil kesempatan atas populariti produk sambal berkenaan dengan mengaku sebagai reseller, namun sebenarnya menjual produk palsu.

Kongsinya, individu itu telah menjual lebih 700 botol sambal menggunakan label yang sama, namun kualiti yang tidak memuaskan. Rata-rata pembeli produk itu mengadu sambal dibeli basi, berbuih dan berasa masam.

Susulan itu, Khairul telah meminta rakannya untuk membeli sambal daripada penjual tersebut. Hasilnya, mereka mendapati sambal berkenaan bukanlah sambal asli seperti yang didakwa. Berikut adalah ciri sambal didakwa palsu tersebut:

1. Mempunyai pelekat pudar

2. Poskad guna tulisan berbeza

3. Tekstur berbeza

Testimoni mangsa

Berikutan itu, Khairul telah membuat laporan polis dan meminta orang ramai agar tidak terbeli produk berkenaan.

 

Sumber: Khairul Aming

Amira

Love yourself.