Siakap Keli

“Mak Bagi Kismis Minda,” Netizen Cerita Kenangan UPSR Yang ‘Budak’ Sekarang Tak Sempat Merasa

Seperti semua sedia maklum, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan bermula tahun ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Radzi Jidin dalam satu sidang media khas yang diadakan semalam (28 April 2021).

UPSR telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis kepada kita semua yang sempat merasainya. UPSR mula diperkenalkan pada tahun 1988 dalam usaha kerajaan menggantikan Penilaian Darjah Lima. Sepanjang 33 tahun UPSR diperkenalkan sebagai salah satu peperiksaan penting dalam sistem pendidikan Malaysia, pelbagai babak emosi, senyum tawa dan air mata ketika kita mengambil keputusan UPSR.

UPSR juga menjadi penanda aras untuk murid-murid layak memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan mungkin selepas ini ada sistem yang akan menggantikan UPSR untuk melayakkan murid-murid tingkatan satu masuk ke sekolah SBP.

Pelbagai kenangan dan reaksi netizen ketika pengumuman ini dibuat, ada yang sedih, ada yang gembira dan ada juga yang berkongsi keputusan UPSR mereka di media sosial beserta tahun mereka menduduki UPSR.

Anak sulung tak sempat merasa UPSR

Seminggu nak exam, mak dia bagi makan kismis?

Masa keluar keputusan, sehari sebelumnya saya demam gara-gara risau akan keputusan yang bakal saya perolehi

Batch kamilah yang mulakan KBSR dan UPSR dulu.. Sedihnya

Mak nangis sedih kegembiraan, tau result sambil peluk gembira. Walaupun cuma dapat 4A time tu..

Alhamdulillah 5A. Sehari sebelum tu mak hulur RM100..

 

Ustaz pesan kena buat baik dengan semua makhluk kalau nak exam UPSR cemerlang..

 

Doakan saya semoga dikurniakan zuriat satu hari nanti…

 

Sumber: Ruang Komen Siakap Keli

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)