Siakap Keli

(Video) Juan Joya Borja, Lelaki Terkenal Dalam “Meme” Ketawa Terbahak-bahak Meninggal Dunia

Pelawak dan personaliti tv popular Sepanyol, Juan Joya Borja yang terkenal meme ketawa terbahak-bahak di seantero dunia dilapor meninggal dunia.

Menurut laporan portal VICE, mendiang yang berusia 65 tahun meninggal dunia akibat sakit yang tidak dinyatakan dan ditahan di wad di sebuah hospital sejak 2020.

Mendiang yang lebih dikenali dengan gelaran El Risitas atau “The Giggles”, menjadi fenomena dikebanyakkan negara apabila tular aksi lucunya yang ketawa terbahak-bahak ketika ditemu ramah dalam satu rancangan tv, Ratones Colorao.

Ketika itu, mendiang berkongsi satu kisah lucu mengenai pengalamannya bekerja di usia muda. Beliau kemudian dilihat ketawa bersungguh-sungguh hingga aksinya menjadi tular dan ikonik selepas dimuat naik ke saluran Youtube program berkenaan.

Bagaimanapun, perjalanan El Risitas menjadi meme ‘terkemuka’ dunia datang kemudian selepas templet video beliau ketawa mula disunting ribuan kali dan dijadikan meme yang membuatkan netizen turut terhibur. Malah, meme beliau ketawa antara meme paling popular dan kerap diguna apabila sesuatu pihak mahu throll satu pihak yang lain.

Antara meme paling popular melibatkan El Risitas adalah satu klip ‘membahan’ teknologi yang dibangunkan Apple. El Ristas digambarkan sebagai bekas jurutera di syarikat terkemuka dunia itu yang berkongsi kisah pembentangan idea yang dianggap lucu yang dibuat oleh ketuanya.

Selain itu, meme El Ristas juga popular dalam komuniti throll dunia bola sepak, lebih-lebih lagi apabila melibat pertembungan rival dua kelab besar dimana ia akan digunakan oleh pihak yang menang untuk mempersenda pihak yang kalah.

Sumber: VICE

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.