Siakap Keli

(Video) “Orang Mati Order Tealive Kot,” Abang FoodPanda Bengang Dapat ‘Prank Order’ Dari Tanah Kubur

Pekerjaan penghantar makanan semakin popular sejak pandemik Covid-19. Ini kerana ramai yang hilang pekerjaan mengambil keputusan untuk bertukar karier kepada penghantar makanan untuk Grabfood, FoodPanda dan sebagainya.

Pelbagai cabaran yang mereka harus lalui, termasuklah risiko di atas jalan raya, emosi pelanggan dan salah satunya ialah seperti yang dilalui lelaki ini iaitu menerima ‘prank order’ dari individu yang tidak bertanggungjawab.

Hati mana yang tidak sakit, sudahlah penat bekerja, berpuasa pulak tu. Kena pulak dipermainkan seperti ini, tiada siapa dapat menerimanya. Lelaki ini memuatnaik video di aplikasi Tiktok yang dikenali sebagai @pejuangbatch4_xsudah.

Beliau menerima kiriman minuman Tealive dan apabila tiba di destinasi yang pengirim, beliau sampai di sebuah tanah perkuburan bukan Islam. Takkanlah orang dah mati buat order Foodpanda kan? Semoga saudara ini bersabar dengan dugaan dalam bekerja.

@pejuangbatch4_xsudah

#foodpanda

♬ original sound – muhamad_zul – muhamad_zul

Sumber: Pejuang Batch 4

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.