AMERIKA SYARIKAT- Seorang kanak-kanak lelaki bakal memperoleh dua kelulusan serentak bagi sekolah menengah dan kolej dalam minggu yang sama.
Mike Wimmer, 12 tahun, berjaya menamatkan empat tahun pengajian iaitu dua tahun masing-masing di sekolah menengah dan pengajian ijazah bersekutu.
Dia akan menamatkan pengajiannya dari Kolej Komuniti Rowan-Cabrrus pada 21 Mei dan pada 28 Mei pula, beliau akan menamatkan pengajiannya Sekolah Menengah Akademi Condord.
Pelajar itu memperoleh purata nilai gred (GPA) 4.0 di kolej manakala di sekolah menengah, dia memperoleh 5.45.
Kanak-kanak tersebut membuat dua pendaftaran kelas dan sedar yang dirinya hanya memerlukan beberapa kelas lagi bagi meraih ijazah bersekutu pada penghujung pengajian sekolah menengahnya.
Walaupun jauh lebih muda dari rakan sekelasnya, mereka sangat akrab malah beliau juga dicalonkan bagi pemilihan Homecoming Court tahun lalu.
Wimmer berkata kepada CNN bahawa beliau adalah seorang ‘lelaki matematik dan sains’ kerana sangat meminati dunia robotik.
Selain itu, beliau juga berhasrat untuk membangunkan teknologi pintar bagi membantu (semua orang) memudahkan rutin mereka.
“Ramai menganggap saya tiada ‘memori waktu kecil’ tetapi saya masih meluangkan masa seperti kanak-kanak lain seperti bermain bola keranjang dan membina lego,” kata Wimmer.
Kedua ibu bapanya turut merasa bangga dengan pencapaian anaknya itu.
Sumber: CNN