Siakap Keli

Belanja Sakan Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Raya Ini, Diskaun Sehingga 70 Peratus & Menang Hadiah Sehingga RM 150,000

Bila tibanya bulan Ramadan, bulan ibadah penuh rahmat ini, ia pasti disambut dengan senyuman gembira kerana Ramadan adalah antara bulan yang dinanti-nantikan semua orang kan.

Kemeriahannya ada dimana-mana. Paling tak sabar tentunyalah menyambut ketibaan Syawal sebagai meraikan tanda kemenangan berpuasa sebulan penuh. Yelah, siapa je yang tak suka dengan Hari Raya kan, sebabnya menjelang Syawal ini, banyak pusat membeli-belah akan menawarkan promosi dan diskaun yang tak masuk akal untuk semua pelanggan.

Paling best bila sebut pasal diskaun ni, tak ada siapa pun yang boleh menandingi ‘Raja Diskaun’ Malaysia yang satu ni.

Siapa lagi kan, tak lain tak bukan mestilah Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Terkini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang hadir dengan tawaran diskaun kaw-kaw sehingga 70 peratus untuk pelbagai barang berkualiti tinggi yang memang sangat-sangat berbaloi untuk didapatkan menjelang Syawal ini.

Antara jenama-jenama premium yang terlibat dalam promosi kali ini adalah Coach, Aigner, Skechers, Furla, Hugo Boss, Carlo Rino, Clarks dan banyak lagi.

Wow, kalau hari biasa, korang mungkin kena berbelanja hingga ratusan ringgit untuk membeli barang-barang berjenama ni, tetapi dengan diskaun hingga 70 peratus untuk musim raya ini, korang kira la sendiri berapa banyak penjimatan yang korang dapat. Memang tawaran sekali seumur hidup la orang cakap.

Bukan tu je, dah penat shopping, korang boleh lepak-lepak dulu sementara nak berbuka puasa. Dengan baki duit shopping lepas beli barang-barang diskaun tadi, korang boleh menjamu selera di Sushi King, Kenny Rogers Roasters, Para Thai dan Leten. Lagi best, korang bawa kawan-kawan dan keluarga korang berbuka sama-sama kat sini. Lagi ramai, lagi meriah, lagilah bermakna hari korang.

Tebus baucar hadiah dah dapat cash back yang lumayan sempena Hari Buruh

Cuti umum Hari Buruh nanti, korang wajib lepak dan berbelanja di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sebab ada baucar hadiah menarik yang menanti korang disana.

Untuk 3 hari, bermula 30 April hingga 2 Mei, dari pukuk 12pm – 7pm, korang Cuma perlu berbelanja minimum RM 200, maksimum dalam 2 resit, untuk menebus baucar hadiah untuk pembelian seterusnya.

Terhad kepada 500 pengunjung yang layak setiap hari.

Hiasan meriah bertemakan Morroco di Sunshine Square, kaki Insta wajib lepak sini & bergambar cantik-cantik!!!

Sambil-sambil nak tunggu berbuka puasa tu, korang jugak boleh lepak di Sunshine Square. Kat sini, Mitsui menyediakan satu dekorasi bertemakan Morroco yang memang mesra insta la.

Bahan dekorasi ini seperti die-cut cardbord dan lampu lanten warna-warni boleh dikitar semula, jadi takdelah pembaziran berlaku. Sambil-sambil meraikan semangat Hari Raya, alam sekitar pun kita kena jaga jugak kan.

Abadikan kenangan korang bersama anak-anak, suami, keluarga dan rakan-rakan kat sini. Dah muat naik kat IG nanti, jangan lupa tag @mitsuioutletparkkliasepang okay.

Hadiah terkumpul RM 150,000 untuk yang bertuah. Siapa menang, raya sakan!!!

Bukan setakat diskaun je Mitsui nak bagi kali ni, tetapi hadiah keseluruhan bernilai RM 150,000 turut ditawarkan untuk semua pengunjung kesayangan Mitsui yang bertuah.

Mudah je korang nak menang hadiah-hadiah ni. Follow je syarat-syarat kat bawah.

1) Shopping dan menangi hadiah motorsikal (15 April – 31 Mei)

– 10 buah motorsikal sedia untuk dimenangi termasuk 3 buah skuter Yamaha Ego Solariz dan 7 buah Honda Beats.

– Hanya perlu berbelanja minimum RM 500, maksimum 2 resit untuk menyertai peraduan ini.

– Imbas kod QR yang dipamerkan di Sunshine Square dan isi borang penyertaan atas talian.

2) Flip & Win Instant Reward (untuk hari-hari tertentu sahaja)

– Semudah Flip & Win, menangi pelbagai hadiah menarik seperti smartphone Vivo & Oppo, Kerusi Urut Gintell dan peralatan sukan, Kerusi gaming Tomaz Syrix II, beg tangan berjenama dan banyak lagi (keseluruhan bernilai RM 100,000).

– Belanja minimum RM 300, maksimum 2 resit untuk menyertai peraduan ini.

– Terhad untuk 300 peserta yang layak setiap hari.

3) Tebus sampul raya edisi terhad secara percuma. (10 April – 23 Mei)

– Dengan hanya berbelanja minimum RM 100 dalam satu resit, korang boleh tebus sampul raya edisi terhad Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Kena cepat, sementara stok masih ada tau.

4) Nikmati kemudahan parking percuma (12 April – 23 Mei)

– Jika korang berbelanja minimum sebanyak RM 50 dalam satu resit, korang boleh tebus parking percuma untuk tempoh dua jam.

5) Jom teka betul & menangi baucar beli-belah bernilai RM 50 (12 April – 23 Mei)

– Mudah je, korang cuma perlu teka jumlah Lampu Arab, Motorsikal dan Lampu Morocco yang ada di Sunshine Square.

– Jika tepat, baucar membeli-belah RM 50 menjadi milik korang.

Lebih banyak tawaran & diskaun menarik akan datang, tungguuuuuuu

Ingatkan dah habis diskaun dan ganjaran yang Mitsui nak kongsikan dengan korang, rupanya ada banyak lagi.

Memang belanja habis kali ni. Nah, kat bawah adalah diskaun dan tawaran-tawaran akan datang dari Mitsui yang buat air liur korang meleleh terliur.

1) Instant Rewards dengan Cashback

– Tempoh tawaran 8, 9, 22 dan 23 Mei 2021

– Tebus Baucar Hadiah untuk pembelian seterusnya dengan berbelanja minimum RM 200, maksimum 2 resit di mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

– Untuk 500 pengunjung terawal setiap hari, siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada.

2) Jualan istimewa 4 Hari – Kempen Cash Back, penebusan berganda.

– Tarikh 13 – 16 Mei.

– Tebus Baucar Hadiah untuk pembelian seterusnya dengan berbelanja minimum RM 200, maksimum 2 resit di mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

– Untuk 1,000 pengunjung terawal setiap hari, siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada.

3) Early Bird Special

– Tarikh 23 April – 23 Mei.

– Tebus Baucar Hadiah untuk pembelian seterusnya dengan berbelanja minimum RM 100 dalam satu resit pada hari yang sama di mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

– Untuk 100 pengunjung terawal setiap hari, siapa cepat dia dapat. Sementara stok masih ada.

Sesak nafas weii tengok diskaun dan hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kali ni. Memang tak senang duduk, rasa nak menang semua hadiah-hadiah tu.

Save the date okay. Cepat-cepat ke Mitsui nanti, mana tahu murah rezeki korang, dapat bergaya sakan di hari lebaran nanti.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook, Instagram dan website Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

*Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.