Siakap Keli

Cuma RM79 Je, Ni ‘Earphone’ Raya Baru Yang Korang Kena ‘Grab’ Pada 5.5 Ni Di Shopee

Rasa macam tak lengkap kan kalau beli telefon mahal-mahal tapi takde earbuds untuk korang combine dengan telefon korang tu.

Mesti ramai yang tengah cari earbuds apa yang sesuai dan sama hebat untuk dipasangkan dengan telefon pintar korang tu kan.

Kalau korang malas nak pening-pening mencari, pada 5 Mei ini, realme akan keluarkan satu produk yang bernama realme Buds Q2. Kalau korang nak imbas balik, realme Buds Q yang pernah dilancarkan oleh realme pada sebelum ni telah mendapat sambutan yang menggalakkan tau. Dalam masa 34 minit je, sebanyak 6,000 Buds Q telah habis dijual di platform Shopee. Bukan tu je, ianya turut diiktiraf sebagai Top 1 bagi Best-Selling Audio. So tak peliklah, kenapa earbuds yang dikeluarkan realme akan menjadi rebutan apabila dilancarkan nanti. Daripada sold out, baik korang standby awal-awal.

So, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa yang special pasal produk terbaru realme ni. Kot kot berkenan, boleh lah terus beli.

Reka bentuk yang terkini – Bentuk seakan Kaleidoskop

Kaleidoskop melambangkan fantasi dan imaginasi. Reka bentuk luaran Buds Q2 ini membezakannya daripada produk True Wireless Stereo (TWS) lain yang terdapat di pasaran kerana ianya mempunyai gabungan bentuk estetika kaleidoskop di reka bentuk earbuds keluarannya.

realme Buds Q2 ini menggunakan bentuk ergonomik in-ear seperti paruh telinga yang dipanjangkan, sesuai dengan reka bentuk ergonomik telinga pada kebanyakan orang. Bentuk ini menjadikan Realme Buds Q2 sesuai dengan saluran telinga manusia untuk keselesaan dan mengasingkan bunyi luar dengan lebih baik untuk pengalaman bunyi yang lebih memuaskan.

 

Warna realme Buds Q2 ini juga dihadirkan dalam warna biru dan hitam, dua warna semula jadi yang melengkapkan bentuk Realme Buds Q2. Sesuailah dengan korang yang tak suka warna-warna menyerlah sangat tu.

88ms Super Low Latency (Mod Gaming)

Beakan dikurangkan sebanyak 51%, ralih ke Mod Permainan latensi rendah untuk sync yang sempurna antara video dan audio semasa bermain permainan atau menonton filem. Latensi hanya memerlukan 88ms sahaja untuk memindahkan suara dari telefon anda ke realme Buds Q2.

Bateri boleh bertahan sehingga 20 jam*

realme Buds Q2 ni didatangkan dengan bateri 40mAh di dalam buds tersebut dan 400mAh lagi di dalam bekas pengecasan. Jumlah keseluruhan bateri yang terdapat pada earbuds ini adalah sebanyak 480mAh. Ianya mampu bertahan selama 3 jam waktu panggilan secara berterusan dan 5 jam waktu mendengar muzik secara berterusan, yang mana bersamaan dengan menonton sebanyak 2 filem dan 4-5 siri episod TV.

Dengan bekas pengecasan pula, realme Buds Q2 ini mampu bertahan selama 20 jam, yang bermaksud ianya mampu untuk bertahan selama 8 buah tontonan filem atau mendengar 400 lagu, atau menonton 2 musim cerita Game of Thrones. Dengan penggunaan secara kebiasaannya 3 jam sehari, Realme Buds Q2 hanya perlu dicaj selama seminggu sekali sahaja.

Realme Buds Q2 juga turut menyokong pengecasan melalui port Micro-USB dan ianya hanya ambil 10 minit masa korang je untuk dia korang boleh guna selama 2 jam tau. Power kan?

Selain daripada Realme Buds Q2, Realme juga akan mengeluarkan Realme Cobble Bluetooth Speaker dan Motion Activated Night Light. Let’s check it out together benda yang paling menarik berkenaan speaker ni sama-sama.

realme Motion Activated Night Light

Harga bagi realme Motion Activated Night Light ni cuma RM39 je. Korang boleh mula membelinya pada 5 Mei 2021 ni di Shopee kalau korang berminat.

Jadi, kalau korang berminat dan nak beli realme Buds Q2 ni, ianya akan mula dijual di platfrom shopee pada 5 Mei ini dengan harga RM 79 je.

realme Cobble Bluetooth Speaker

realme Cobble Bluetooth Speaker cuma berharga RM99 je. Kalau korang berminat nak beli speaker ni, tarikh ianya akan mula dijual akan diumumkan di laman Facebook rasmi realme Malaysia!

Aqmal Ezany

I write what is right