Semalam, berlaku satu fenomena indah tapi ‘misteri’ di mana langit di sekitar Pulau Pinang pada waktu senja kelihatan berwarna kemerah-merahan.
Sekeping foto cantik ini dikongsikan oleh laman Facebook komuniti Penang Kini awal pagi tadi, memaparkan pemandangan bangunan yang berlatar belakangkan langit merah dipercayai di negeri pulau mutiara itu.
Perkongsiaan tersebut mendapat maklum balas yang rancak daripada kalangan netizen. Rupa-rupanya ramai lagi netizen turut mengalami situasi yang sama.
Ada antara mereka berkongsi bidikan gambar langit merah daripada lensa kamera masing-masing di ruangan komentar. Jom kita hayati pemandangan indah ini.
Penang Kini berkata di ruangan kapsyen:-
“Langit merah sekitar jam 7.45 petang semalam dirakamkan di Seberang Jaya. Bewarna merah dalam lima minit saja. Ada sesiapa lagi yang perasan ka? Allahuakbar, kuasa Allah Taala.
(Gambar asli dan real, bukan edit naa..)”

Apa kata netizen
Menyedari situasi yang serupa, ramai netizen berkongsi gambar mereka masing-masing.
“Kuasa Allah SWT…”

“Sempat menikmati keindahan ciptaan Allah semalam..”

Perak pun ada
Bukan warga Pulau Pinang saja yang berpeluang menyaksikan keindahan alam itu, malah orang Perak pun sama & salah satunya di Sitiawan.

“Tiada edit-edit, camera ori..”
Jelas netizen ini, gambar ini diambil pada dua hari lepas, dipercayai bertempat di pantai Sungai Batu Teluk Kumbar berdasarkan kenyataanya di ruangan ‘reply’.

“Ingatkan di Hong Kong..”
Dalam gambar ini ada kapal terbang tertera tulisan ‘Hong Kong’. Ia bukanlah di Hong Kong tapi di Lapangan Terbang Bayan Lepas sahaja.

Banyak lagi gambar-gambar yang dikongsikan netizen, anda boleh lihat di bawah ini:-





Sumber: Penang Kini / Penang Press