Siakap Keli

Kecil Tapi Beracun, Spesis Kodok Baharu Dilapor Ditemui Di Brazil

BRAZIL- Dilaporkan satu penemuan spesies baru dari kodok oren neon kecil di pergunungan Brazil.

Kodok ini berukuran kurang dari satu inci dan merupakan sebahagian dari genus toadlet labu iaitu katak kecil berwarna cerah, menurut satu kajian yang diterbitkan pada hari Rabu di PLOS ONE.

Pada mulanya, kodok ini dipercayai berasal dari spesis yang sedia ada. Kodok ini pertama kali dijumpai pada tahun 2016 di pergunungan Mantiqueira Brazil, kata penulis kajian Ivan Nunes, profesor di Jabatan Sains Biologi dan Alam Sekitar di Universiti São Paulo di Brazil.

“Saat terbaik sebagai saintis adalah ketika anda dapat melihat sesuatu dan ‘anda satu-satunya yang tahu mengenainya pada masa itu’,”katanya.

Di samping itu, kodok itu dianggap sebahagian daripada spesis B.ephippium pada awalnya. Namun setelah dikaji, menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat banyak spesis toadlet labu yang serupa, kata individu yang terlibat secara tak langsung.

Spesis toadlet yang baru ini dikenalpasti beracun tetapi ancamannya terhadap manusia adalah kecil, kata Nunes. Manusia juga boleh menyentuhnya dengan tangan kosong (tanpa lapit), tetapi perlu berhati-hati agar tidak tersentuh mata atau mulutnya.

Ini kerana, kodok tersebut akan mengeluarkan racun yang disebut tetrodotoxin, yang merupakan racun yang sama ada pada ikan fugu.

Sumber: CNN

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.