Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Puasa Tapi Berat Tak Turun,” Rupanya Ini Punca Yang Mungkin Ramai Tak Sedar

Berat badan yang ideal sering menjadi idaman jejaka-jejaka mahupun para gadis di luar sana. Kalau berat badan melebihi BMI, kemungkinan kita boleh tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau bahasa mudahnya, obesiti.

Tapi, apa yang bestnya pada bulan Ramadan ni, ada yang dah simpan azam siap-siap nak turunkan berat badan tau sebelum raya nanti! Baru lah syok nak ber-swafoto dengan family atau geng-geng raya, kan?

Jadi, laman Nutritionistkkm ada berkongsikan beberapa punca yang menyebabkan berat badan tidak turun walaupun berpuasa.

Antara puncanya adalah seperti berikut:

  1. Berbuka dengan AIR MANIS berbanding air kosong.
  2. Berbuka dengan jumlah porsi yang BESAR.
  3. KURANG sayur dan buah ketika berbuka dan bersahur.
  4. LEBIH makanan tinggi LEMAK, GULA  dan MINYAK.

So, selamat beramal semua.

Sumber: NutritionistKKM

Nurul Nabila