Selepas 14 tahun, Microsoft mengumumkan bahawa Calibri bukan lagi default font untuk syarikat perisian gergasi itu.
Calibri merupakan fon lalai untuk Microsoft sejak tahun 2007, menggantikan Times New Roman di Microsoft Office.
Menanggapi hal ini, Microsoft kini mencari pengganti untuk posisi fon lalai dalam sistemnya.
“Jika fon kegemaran anda tiada dalam senarai, anda boleh memilih fon kesukaan anda dalam menu fon lalai untuk aplikasi Office untuk versi Microsoft 365 dan ke atas,” kata Microsoft di laman web rasmi.
Pihak Microsoft ‘membocorkan’ lima fon baharu yang mungkin menggantikan Calibri sebagai fon lalai.
1. Tenorite

Tenorite merupakan fon jenis sans serif ala-ala Times New Roman rekaan Erin McLaughlin dan Wei Huang.
Berbeza dengan Calibri, Tenorite lebih santai. Selesa untuk dibaca di layar kecil, fon ini direka dengan elemen yang lebih bundar dan luas.
Tenorite diinspirasikan dari fon Trade Gothic.
2. Bierstadt
Bierstadt, fon jenis sans serif yang lebih versetail diinspirasikan dari tulisan Swiss pada pertengahan kurun ke-20.
Direka oleh Steve Matteson, fon ini mengetengahkan gaya tulisan yang ringkas, rasional dan mudah dibaca.
Berbentuk blok seakan-akan fon Helvetica, setiap sisi pada huruf-huruf Bierstadt berketebalan sama.
Menurut pereka fon ini, nama Bierstadt diambil dari salah satu puncak gunung di Colorado.
3. Skeena

Juga merupakan jenis sans serif, bentuk pada huruf-huruf fon Skeena menunjukkan konsep kontra di strok hurufnya. Mempunyai strok tebal dan nipis, Skeena menyelitkan elemen tradisional teks serif.
Direka oleh John Hudson dan Paul Hanslow, Skeena merupakan fon yang ideal untuk dokumen panjang seperti risalah (brochure), jadual, laporan dan penyampaian (presentation).
4. Seaford

Fon Seaford direka oleh Tobias Frere-Jones, Nina Stössinger, danFred Shallcrass.
Mengekalkan reka bentuk asal serif dalam jenis fon sans serif, fon ini kelihatan lebih familiar.
Bentuk tidak simetri pada huruf-huruf fon ini mengetengahkan perbezaan dalam setiap huruf dan membuatkan bentuk pada huruf-huruf tersebut lebih mudah dikenali.
5. Grandview

Diinspirasikan dari papan tanda landasan kereta api German, fon rekaan Aaron Bell ini menerapkan konsep dalam German Industrial Standard (DIN) yang popular dalam pelbagai sektor.
Fon ini sesuai untuk digunakan pada peranti beresolusi rendah dan pelbagai komputer dengan perisian Windows. Grandview direka khas untuk keselesaan pembacaan jangka masa panjang.
Jadi, fon mana yang akan menjadi fon lalai Microsoft anda dalam beberapa bulan akan datang?
Have you heard the news? We’re adding five new fonts to #Microsoft365, and one will be the new default. Check them out and let us know your favorite: https://t.co/GLPfHZAzNt
— Microsoft 365 (@Microsoft365) April 28, 2021
Sumber: Microsoft