Siakap Keli
Gambar: TAHI

Supaya Tak Menyesal, Abang Ni Kongsi 3 Jenis Kontraktor Kena Selidik Betul-betul Sebelum Lantik “Renovate” Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi sesiapa yang merancang nak bina atau renovasi rumah, mesti akan cari kontraktor-kontraktor yang tawarkan servis terbaik kan? Biasanya tuan rumah akan menilai daripada segi harga, pakej, rekod perkhidmatan terdahulu dan sebagainya.

Selalu terjadi kes bila mana tuan rumah tidak membuat penilaian terperinci pada peringkat awal, tidak mustahil dia akan ‘terkena’ penangan kontraktor yang tidak memuaskan. Wujud harga tambahan di luar perjanjianlah, pekerja buat kerja tidak kemaslah, macam-macam. Akhirnya terduduk menyesal kerana duit habis melayang, kontraktor cabut lari, rumah masih tidak siap-siap.

Baru-baru ini, salah seorang warga group Facebook Tukang Apa Hari Ini (TAHI) ada berkongsi tips bagaimana dia memilih kontraktor untuk jalankan renovasi di rumah ‘sub-sale’. Disebabkan itu satu kerja yang besar, maka dia mengambil tempoh yang agak lama untuk membuat penilaian supaya tidak ‘tersalah orang’.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

3 bulan, 8 kontraktor, 3 golongan

Gambar: TAHI

Salam sejahtera. Sekadar berkongsi pengalaman saya mencari kontraktor nak renovate rumah sub-sale. Dalam tempoh 3 bulan, saya hubungi paling kurang 8 ‘kontraktor’ (semua dari negeri Selangor). Saya rumuskan mereka kepada 3 kumpulan utama:

1- Apa bajet tuan? Ini soalan utama mereka. Ada yang belum tengok rumah pun, setakat bertanya dalam telefon sahaja. Saya rasa sangat tidak selesa dengan pendekatan ini. Kontraktor kumpulan ini saya abaikan dulu. Saya rasa seriau. Macam dah nak kena sembelih.

2- Harga langit dan bumi. Untuk senarai kerja yang sama, ada yang terlalu murah dan ada yang terlalu tinggi. Yang murah rasa macam tak confident, yang mahal sangat sampai dekat 1/3 harga rumah!

3- Kontraktor yang boleh bawa berbincang. Dalam 5 orang yang saya jumpa face to face, 2 sahaja yang betul boleh berbincang. Bincang bukan sahaja pasal harga tetapi juga pasal kerja yang akan dilakukan. Dia mendengar dan memberi pendapat.

Gambar: TAHI

Memang obvious saya pilih kontraktor kumpulan 3. Kontraktor yang saya pilih siap bagi nombor phone customer dia yang lain dan dia minta saya buat list (BQ) apa yang nak dibuat. Katanya supaya semua kerja jelas dan tidak berbalah nanti. Kami berbincang banyak kali. List BQ ditokak tambah dan setiap kali, harga adjust balik. Memang puas hati.

Akhirnya, kerja renovation dah bermula!

Sediakan BQ sebagai rujukan kontraktor

Sementara itu, tuan rumah ini juga turut sediakan bill of quantities (BQ) sebagai rujukan kepada kontraktor rumah. Dalam BQ ni, tertera senarai tugasan yang perlu kontraktor jalankan, semuanya dibentangkan secara terperinci.

Gambar: TAHI

Cermat ‘survey’ sebab semuanya libatkan wang

Dalam pada itu, bermula daripada peringkat ‘survey’ kontraktor selama tiga bulan sehinggalah ke peringkat renovasi, tuan rumah ini amat berhati-hati dalam membuat keputusan. Hal ini kerana segala-galanya menggunakan kos yang agak besar.

“Sebab wang untuk buat repair dan renovate rumah tu bayar cash. Bukan ansuran bank. Jadi, kalau ada cara untuk jimat dan lebih selamat kan lebih baik,” katanya.

Kontraktor pilihannya ini dikatakan agak menepati ciri-ciri kualiti yang dia mahukan. Memanglah biasanya kita kalau boleh nak pilih yang paling murah, akan tetapi yang sangat murah itu dipercayai belum tentu terjamin kualitinya. Ini situasi biasa yang rasanya ramai faham dan pernah lalui, kan?

Difahamkan, harga servis kontraktor ini tidaklah terlalu murah, namun ‘pulangan’ hasil yang dia dapat kembali adalah sangat-sangat memuaskan, sepadan dengan harga yang dibayar.

“Anyway, kontraktor yang saya ambil bukan yang paling murah pun. Kami pilih dia sebab faktor lain. Macam…each time appointment, dia on time, dia bagi suggestion dan options, dia sanggup go through satu satu dengan kami. Rasa lebih selesa,” tambahnya.

Sebenarnya, ketelitian membuat keputusan ini sangat berguna bagi dua-dua pihak. Kontraktor puas hati servisnya dipercayai, tuan rumah pun puas hati perancangannya ‘menjadi’ macam yang dirancang. Dua-dua senang, tidak ada masalah lanjut kemudian hari.

Apatah lagi ia melibatkan sejumlah kos yang agak tinggi, dibayar secara tunai pula tu. Tentulah tuan rumah ini mahukan yang terbaik. Demikianlah perkongsian oleh tuan rumah ini. Berharap agar tips dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

Sumber: Tukang Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.