INDIA- Seorang lelaki dilaporkan membawa jasad ibunya yang telah mati disebabkan wabak Covid-19 dengan menaiki sebuah motorsikal di New Delhi, India.
Video yang viral itu menunjukkan mayat diapit oleh dua lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa.
Berdasarkan video yang diungkah oleh seorang polis, lelaki itu (penunggang) mengatakan ibunya meninggal kerana terkena Covid-19.
Tambahnya, dia terpaksa membawa ibunya menaiki motorsikal kerana tiada ambulans yang datang untuk mengambil ibunya.
At a time when fear of #COVIDSecondWave grips #Srikakulam dist, a family was forced to shift the body of a 50 yr old woman on a bike after their attempts to arrange #ambulance to take her back to their hamlet, failed on Monday. She was waiting for test results. @JanaSenaParty pic.twitter.com/5xeg1NUe4R
— Keelu Mohan (@keelu_mohan) April 27, 2021
Times of India melaporkan, Narendra (anak) dan Ramesh (menantu) pada mulanya membawa jenazah ke Hospital Neelaman di Palasa. G Chenchu, 50 tahun (mayat) dilaporkan sempat dirawat tetapi tidak dapat diselamatkan. Mangsa disahkan positif Covid-19.
Keluarga Chenchu kemudia mencuba membawanya ke desa mereka untik dikebumikan iaitu 15 kilometer dari hospital. Bagaimanapun, ambulans tiada menyebabkan mereka terpaksa mengapitnya.
Sumber: Kompas.com