Siakap Keli
Gambar: @infoMERU

(Video) Detik-Detik Khemah Peniaga Bazar Terbang Tinggi Dibawa Angin Dipercayai Di Meru, Klang

Sebuah video yang memaparkan khemah peniaga melayang ditiup angin kencang telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut dipercayai berlaku di bazar ramadan Meru, Klang pada petang tadi. Ianya telah dikongsikan di laman sosial dan meraih perhatian warganet.

Insiden ‘Khemah Terbang’ di Pekan Meru kawasan Masjid.

Posted by Pekan Meru,Klang on Friday, April 30, 2021

Tiupan angin kencang yang dipercayai berlaku pada petang tadi telah mengakibatkan khemah tersebut terapung-apung sebelum dikatakan mendarat di bumbung sebuah pasaraya berdekatan.

Video berikutnya yang dikongsi menunjukkan keadaan dipercayai selepas tiupan angin kencang tersebut. Kelihatan beberapa gerai di bazar tersebut mengalami kerosakan akibat daripada tiupan angin berkenaan.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 5 ribu kali.

Sumber: @infoMERU