Siakap Keli
Gambar: Dadank_ar

(Video) Guna Kamera Telefon Je, Lelaki Ini Kongsi ‘Step’ Mudah Ambil Gambar Waktu Malam Dengan Hasil Macam ‘Pro’

Waktu malam sememangnya dapat memberikan pelbagai ketenangan pada seseorang. Oleh itu, ramai yang memilih untuk merakamkan pelbagai keindahan pada waktu malam seperti bulan dan bintang.

Selain itu, hasil fotografi yang menakjubkan juga boleh diperolehi pada waktu malam sekiranya kena dengan caranya. Tidak perlu menggunakan peralatan yang terlalu canggih, kamera telefon bimbit pun sudah cukup.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Tiktok yang berkongsikan cara mudah untuk mendapatkan hasil gambar yang sangat berkualiti yang diambil pada waktu malam.

Seperti yang dikongsikan, permulaannya perlu tetapkan mode kamera pada profesional dan kemudiannya menggunakan shutter speed 16 saat. Bagi tetapan yang lain boleh dirujuk menerusi video di bawah.

@dadank_ar

Nightshoot phonephotography. #cameralust #photography #phototrick #photostrick

♬ original sound – ridhaakbar259 – Ridho akbar

Sumber: @dadank_ar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa