Siakap Keli

(Video) Ibu Terkejut Lihat Ada ‘Sesuatu’ Dalam Bubur Dimasaknya, Anak Makan Sampai Termuntah-muntah

Sering kita diingatkan untuk meneliti bahan atau makan yang dibeli sama ada boleh dimasak atau dimakan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Antara bahaya menanti jika termakan makanan yang tercemar adalah risiko muntah, cirit-birit atau lebih buruk terpaksa dirujuk ke hospital. Kalau tidak, anda mungkin menderita atau berdepan masalah, persis dalam satu kejadian yang berlaku di negara jiran.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Indonesia apabila seorang ibu menyajikan bubur kesukaan anaknya. Namun apa yang terjadi, anaknya muntah berkali-kali selepas menjamah makanan tersebut.

Dilaporkan, si ibu memasak instant bubur untuk anaknya. Bubur yang dipanaskan itu kelihatan biasa sahaja. Mungkin tidak menyangka ada sesuatu yang tidak kena, si ibu menghidang bubur tersebut kepada anaknya.

Malangnya, bubur berkenaan nyata sudah rosak dan anaknya yang berselera menjamah bubur tersebut menanggung akibat yang memilukan.

Video TikTok yang diungkah oleh @melysapratiwi7 menunjukkan keadaan serbuk instant bubur yang digunakan.

@melysapratiwi7

Balas @ckd12 ini mbk vidio td sore

♬ original sound – mama nya rafif – mama nya rafif

Wanita itu terkejut lalu melihat bubur yang dimuntahkan itu. Dia amat terkejut hingga menangis melihat ulat-ulat kecil disekitar bubur itu. Sekilas pandang, nyata ulat-ulat itu tidak kelihatan pada mata kasar.

Kemudiannya, si ibu memeriksa bubur lebihan yang diasingkan. Alangkah kecewanya dia melihat bubur lebihan itu bukan sahaja ada ulat, tetapi juga kutu yang terlihat jelas.

Apapun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat anda diluar sana.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.