Siakap Keli

(Video) Kenal Dua Hari Je Terus Ajak Tunang, Gadis Teruja Bakal Suami Berani Jumpa Mak Ayah Lepas ‘First Date’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Inilah yang dinamakan jodoh. Bertahun-tahun mencari pasangan hidup apabila sudah sampainya ‘seru’, sekejap sahaja sudah ke jinjang pelamin.

Ya, jodoh itu rahsia Allah yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi. Selain jodoh, ajal maut juga menjadi rahsia Allah. Tidak dinafikan jika seseorang itu menjadi pasangan hidup mestilah inginkan yang terbaikkan dan ada yang sanggup berkawan bertahun lama semata-mata untuk mengenali hati budi masing-masing.

Namun, tidak seperti apa yang dilalui oleh bakal pengantin ini. Uniknya mereka hanya berkenalan dua hari sahaja kemudia terus diajak berkahwin.

Menerusi laman Instagram Riena atau nama penuhnya Nurqamarinna, wanita ini berkata dia mengenali tunangnya hanya dua hari sebelum diajak untuk bertunang dan berkahwin.

Mesti seronokkan, tak perlu kenal atau bercinta lama-lama, hanya bercinta selepas nikah sahaja.

Dulu kalau jumpa pun just pandang lepastu blah. And dulu masih berhingus pandang pun dia taknak sekarang dah besar pandai bergaya baru dia nak pandang, Tuptup kenal dua hari je kitaorg bertunang. Semoga permudahkan segala urusan.

Kata Riena lagi semasa dihubungi, sewaktu ‘first date’ mereka telah pergi membeli cincin untuk merisik dan bertunang.

Bibit-bibit cinta bermula di TikTok

Dia berkata, perkenalan bermula apabila seorang pengguna Tiktok yang kini bergelar tunangnya suka like dan komen di video-video yang dikongsinya di TikTok.

Susulan daripada itu, gadis yang berusia 20 tahun ini memberitahu bahawa dia kemudiannya menerima mesej secara langsung (DM) daripada pemuda berkenaan di akaun Instagramnya.

“Tidak lama kemudian, baru saya tahu yang dia adalah kawan kepada abang saya dan dia tinggal berdekatan dengan rumah sahaja. Mungkin itulah saya seperti pernah beberapa kali terserempak dengannya seperti di kedai dan kawasan perumahan.”

Luah rasa suka terus jumpa mak ayah

Dia pandai ambil hati dan beritahu sukakan saya. Pada awalnya agak terkejut selepas itu saya beritahu kalau suka datang jumpa mak ayah saya perkenalkan diri. 

Saya cuma tahu dia datang rumah saya je, sebab wakt itu saya tengah kerja. tetapi saya betul-betul terkejut apabila dia beritahu mak ayah yang dia nak bertunang dan jaga saya.

Mak ayah saya jenis tak kisah siapa pilihan saya, asalkan lelaki tersebut bertanggungjawab dan berani datang jumpa suarakan hajat. 

“Memilih tarikh pertunangan sempena hari kelahiran…

Pada mulanya saya macam tak percaya tapi bila keluarga dia datang merisik pada 21 Mac dan mahu bertunang barulah saya percaya dia betul-betul serius sukakan saya. Paling teruja sekali, dia memilih tarikh pertunangan sempena hari kelahiran saya yang ke 20 tahun.

Pasangan ini merancang untuk dirikan rumahtangga pada Julai depan. Dan memohon kepada orang ramai agar mendoakan hubungan mereka berkekalan dan segala urusan mereka dipermudahkan.

 

Sumber: Nurqamarina

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.