Biasa tengok tak indikator amaran brake @ tanda seru yang muncul di dashboard kereta anda seperti gambar di bawah ni?
Jangan ambil mudah saja ya jika terlihat tanda seru ini menyala tanpa henti walaupun hand brake dah diturunkan. Biasanya ada beberapa faktor yang boleh anda periksa sendiri tanpa perlu bawa ke bengkel.
Seorang mekanik yang dikenali dengan nama @abangcomot di akaun Tiktok telah berkongsi sebab-sebabnya berdasarkan soalan daripada salah seorang viewer di post sebelumnya.
Menurut abang mekanik, mungkin indikator amaran brake itu terjadi disebabkan parking brake switch yang rosak. Tetapi keadaan ini jarang-jarang berlaku. Penyebab yang paling kerap terjadi adalah disebabkan kekurangan minyak brake iaitu berada di bawah paras minimum.
Tapi kalau minyak brake level OK, pelampung takung minyak brake sangkut, cuba ketuk2 macam ni.
Untuk lebih faham apa yang diterangkan oleh mekanik ni, boleh tonton video di bawah.
@abangcomot Reply to @ieyraazira95 Antara Sebab sebabnya #tanyaabgcomot #sekupang #abgcomot
Sumber: Tiktok