Siakap Keli
Gambar: The Sun

(Video) Rakaman Seram Sosok ‘Misteri’ Putih Di Buaian, Wanita Dakwa Ianya Roh Bapa ‘Ziarah’ Ibu Sedang Sakit

Sebuah video yang memaparkan satu ‘sosok misteri’ kembali tular di media sosial selepas portal The Sun berkongsikannya semula di laman Twitter rasmi mereka.

Menurut pemilik video tersebut, ‘sosok misteri’ itu merupakan roh ayahnya yang telah meninggal dunia 10 tahun terdahulu. Pada ketika itu, dia dikatakan sedang menjaga ibunya yang sedang sakit, lapor The Sun.

Wanita tersebut dilaporkan menjaga ibunya selama dua bulan kerana mengalami barah paru-paru.

Dia dikatakan selesa ‘berkomunikasi’ dengan ayahnya yang meninggal dunia 10 tahun yang lalu.

Pada satu malam di bulan November 2019, dia mendapat notifikasi pada sistem kamera CCTV yang menyatakan bahawa ada kehadiran di bahagian hadapan rumahnya.

Foto daripada sistem CCTV itu menunjukkan bahawa terdapat sosok ‘seperti hantu’ duduk di sebelah buaian – yang selalu ibunya gunakan itu.

Kejadian itu telah mendorong ibunya untuk menyatakan bahawa “mereka datang untuk saya.”

Wanita tersebut mendedahkan bahawa dia percaya yang entiti itu adalah merupakan ayahnya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak 47 ribu kali.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right