Siakap Keli
Gambar via @cifajamil

(Video) Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Biskut Makmur Kacang, Tak Perlu Bakar Dalam ‘Oven’

Biskut makmur sangat sinonim dengan hari raya. Setiap kali beraya mesti ada saja tersedia dalam balang salah satu rumah yang dikunjungi.

Biskut makmur ni pula ada pelbagai jenis seperti biskut makmur susu, kacang dan ada juga yang diterapkan ciri kontemporari seperti makmur red velvet.

Kerana cara penyediaannya yang mudah, biskut makmur ni memang popular masa hari raya. Walaupun kaedah penyediaannya mudah, biskut makmur pada umumnya perlu dibakar menggunakan ketuhar.

Dengan perkongsian resepi biskut makmur kacang tanpa oven ini, tiada lagi alasan untuk tak mencuba.

Video yang diunggah di akaun TikTok @cifajamil ini mendapat 41.6 ribu tontonan dan lebih empat ribu sukaan setakat ini.

Mari kita ikuti video di bawah untuk resepi biskut makmur kacang tanpa oven dan tips tambahan bakar kacang.

@cifajamil

Reply to @jisoogigitpakcikkfc Inspired recipe by @njwahuda_ ❤️ #alzara2021 #MasakGempakAlzara #Fyp #SinarHarian @alzaramalaysia @sinarharianonline

♬ original sound – Alzara – Alzara

Mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @cifajamil