Siakap Keli
Gambar: khaby.lame

(Video)”Dia Cuba Cabar Saya,” Lelaki Ini Bongkar Cara Mudah Keluarkan Gunting Dari Pemegang ‘Mug’, Raih 46 Juta Tontonan

Seorang lelaki yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di laman Tiktok sering menarik perhatian ramai dengan simple trick yang dikongsikan olehnya.

Namun, pada kali ini, dia dicabar untuk mengeluarkan gunting daripada pemegang mug yang pada awalnya seperti sukar.

Pengguna TikTok bernama khaby.lame yang menyahut cabaran itu telah membongkarkan rahsia trick tersebut dengan mudah sahaja.

Pada video pertama, gunting tersebut tampak seakan mustahil untuk dikeluarkan daripada pemegang mug tersebut.

Namun, lelaki itu dengan mudah sahaja membongkarkan trick tersebut iaitu dengan hanya mengeluarkan gunting terbabit pada bahagian yang telah pun berlubang.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat sebanyak 46 juta tontonan.

@khaby.lame

-The trick revealed by Khaby! 🤓 He tried to challenge me, next time bro -Svelato il trucco!! Ha provato a sfidarmi,prox volta bro😂 #learnfromkhaby

♬ suono originale – Khabane lame

Sumber: khaby.lame

Aqmal Ezany

I write what is right