Pensel merupakan salah satu alat tulis yang memiliki banyak fungsinya seperti alat untuk melukis, menulis, malah ada pensel yang khusus untuk kegunaan make-up sahaja. Pensel dihasilkan daripada batang kayu dan mata pensel terdiri daripada plumbum yang dibuat daripada campuran grafit dan tanah liat.
Gred pensel
Pensel digredkan mengikut kelembutan mata pensel dan digunakan untuk menghasilkan garisan-garisan tertentu, terutamanya dalam lukisan teknik. Gambar di bawah menunjukkan jenis pensel yang pelbagai, dan seperti yang kita ketahui, pensel yang biasa digunakan untuk kegunaan exam ialah pensel 2B.
Apa beza pensel dengan pen?
Pensel dan pen adalah berbeza kerana pen dibuat daripada dakwat cecair sebagai bahan penanda, malah fungsinya juga tidak terlalu sama walaupun kegunaan umumnya sebagai alat tulisan. Perbezaan lain bagi pen dan pensel ialah pen hanya boleh digunakan sekiranya ada dakwat yang lancar. Jika dakwatnya tersekat atau sudah habis, maka pen tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi.
Bagi pensel pula, selagi pensel itu tidak pendek, jadi ia masih boleh digunakan berulang kali hanya dengan mengasah mata penselnya yang tumpul atau patah kerana jatuh di lantai.
Berdasarkan laman Twitter @THINGSWORK di bawah, mereka ada kongsikan satu video bagaimana pensel diasah dengan menggunakan mesin.
This is how Pencils are sharpened ✏ pic.twitter.com/rYANhxkbp9
— How Things Work (@THlNGSWORK) April 30, 2021
Pensel-pensel ini digulung secara serentak dengan melintasi dram penggiling (grinding drum) untuk diasah sehingga tajam. Menarik, bukan? Proses ini merupakan proses terakhir bagi sebatang pensel yang sempurna.
Nak tahu bagaimana proses pensel dihasilkan dari awal? Tonton video oleh Design Insider di Youtube ~