Siakap Keli

Wanita Hidap Sindrom Aneh, Hujung Jari Berubah Jadi Putih & Biru Dalam Waktu Singkat

Keadaan yang jarang berlaku iaitu menghadkan bekalan darah ke jari dan kadang-kalanya hingga ke jari kaki.

Sindrom yang dikenali sebagai Sindrom Raynaud ini menyebabkan bahagian yang terkena berubah menjadi putih atau biru untuk sementara waktu.

Ia dinamakan bersempena nama doktor Auguste Gabriel Maurice, yang pertama kali mengambarkannya di dalam tesis kedoktorannya pada tahun 1862.

Keadaan ini digambarkan sebagai reaksi berlebihan terhadap rangsangan seperti sejuk atau stres.

Kes terdahulu pula, mengambarkam badan akan cuba menyimpan haba dengan melambatkan aliran darah ke titik paling jauh (jari).

Bagi melakukan itu, arteri kecil yang membawa darah ke bahagian jari akan ‘mengecil’. Hingga menyebabkan bahagian tersebut menjadi putih sementara dan berubah menjadi biru kerana kekurangan oksigen yang berpanjangan dikawasan yang terkena.

Walaupun kebiasannya berlangsung sekitar 15 minit, tetapi ia boleh berpanjangan selama beberapa jam serta kesakitan semasa ianya berlangsung (seperti sesemut) dan kembali menjadi merah terang dan kembali ke warna biasa.

Para doktor juga kurang jelas mengenai penyebab tubuh seseorang bertindakbalas berlebihan terhadap sejuak dan stres.

Sindorm ini dilaporkan tiada penawarnya kerana keadaan yang jarang berlaku. Dipercayai hanya sekitar empat peratus mengalami sindrom ini tetapi berbeza mengikut individu.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.