Seorang doktor di Kenya yang dipercayai merupakan seorang anti vaksin dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19.
Menurut BBC, Dr Stephen Karanja yang merupakan ketua Persatuan Doktor Katolik Kenya itu mengatakan bahawa suntikan vaksin sama sekali tidak diperlukan, malah menasihatkan orang ramai untuk menggunakan penyedutan wap dan tablet hidroksiklorokuin.
Dia juga ‘tidak sehaluan’ dengan gereja Katolik mengenai keselamatan suntikan vaksin COVID-19 tersebut.
Menerusi satu surat yang bertarikh 3 Mac, Dr Karanja mengatakan bahawa ada ‘ubat-ubatan’ yang telah digunakan kembali dan digunakan secara efektif untuk mengubati COVID-19.
Tidak cuma itu, dia juga mengadakan beberapa forum yang berlainan untuk memberi ‘kesedaran’ mengenai rawatan alternatif termasuk penyedutan wap dan ubat
‘Kempennya’ yang menolak vaksin itu diselar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Vaksin yang diedarkan di Kenya telah dikaji dan didapati selamat bukan hanya oleh proses ketat yang dilakukan WHO tetapi beberapa pihak berkuasa yang lain juga,” kata WHO.
Dia yang merupakan pakar obstetrik dan pakar sakit puan, meninggal dunia pada Khamis lalu iaitu seminggu setelah dia dimasukkan ke hospital kerana menderita komplikasi yang berpunca dari jangkitan COVID-19.
Sebelum bertengkar dengan gereja Katolik di Kenya mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19, Dr Karanja sering ‘bersekutu’ dengan para pemimpin agama untuk menentang kempen vaksinasi secara besar-besaran.
Untuk rekod, dia juga telah mengetuai penentangan vaksinasi terhadap pelajar sekolah mengenai barah serviks. Dia mengatakan bahawa serangan Human Papilloma Virus (HPV) tidak diperlukan kerana ia boleh mempengaruhi diri dan gaya hidup.
Sumber: BBC