Siakap Keli

Hidap Dua Kanser, Adik Ammar Telah Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Terkini, satu posting dikemaskini ibu kepada Adik Ammar memaklumkan bahawa anaknya sudah kembali ke rahmatullah jam 5.05 petang tadi.

Adik Ammar  sebelum ini disahkan menghidapi Maglinant Rabdhoid Tumor dan doktor ketika itu memberitahu Ammar mempunyai satu lagi kanser iaitu tumor otak setelah melakukan ujian CT Scan.

Puan Fakhira Aqila sebelum ini memberitahu melalui posting miliknya dua kanser yang dihidapi oleh anak kesayangannya itu tidak berkait antara satu sama lain tetapi takdir Allah kebetulan terjadi pada waktu yang sama.

Lebih meluluhkan hati, tiada rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk merawat Ammar dan doktor menasihatkan supaya Ammar dibawa pulang ke rumah bersama keluarga.

Semoga Adik Ammar ditempatkan di syurga firdausi dan dikuatkan hati keluarganya.
Sumber: ieraaqila

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.