Siakap Keli
Gambar: MYDIN

MYDIN Buat ‘Gila’, Nak Beri Hadiah & Duit Raya Ribuan Ringgit Buat Anda

Kali ini, MYDIN sekali lagi buat tawaran gila untuk anda semua. Kalau sebelum ini pernah ada yang menang kereta hanya lepas membeli baucar MYDIN bernilai RM90 sahaja, anda juga boleh rebut peluang yang sama.

Hanya dengan pembelian bernilai RM15 sahaja, anda sudah layak memenangi sebuah Perodua Axia 1.0 (M) dari MYDIN. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi motosikal Yamaha Lagenda 115Z, iPhone 12 Pro, vakum cordless Dyson, TV besar, ketuhar microwave, bekalan barangan runcit bernilai RM500 selama enam bulan dan baaaanyak lagi.

Jangan risau, ni bukan skim gores dan menang. Peraduan oleh MYDIN ni memang real, malah dah ramai yang pernah menang sebelum ini. Kali ini, giliran anda pula.

Nak tahu caranya? Jom baca.

MyDebit Je

Hadiah utama: Bekalan barangan runcit bernilai RM500 sebulan x 6 bulan

Untungnya kalau ada orang sponsor perbelanjaan dapur kita, kan? Dengan berbelanja sebanyak RM80 menggunakan kad ATM anda di MYDIN, anda berpeluang memenangi bekalan barangan runcit bernilai RM3,000 selama enam bulan (RM500/bulan) atau baucar MYDIN bernilai RM150 setiap minggu.

Caranya, ambil gambar resit perbelanjaan anda dan Whatsapp ke 011-26119785.

Tarikh: 1 April – 6 Jun 2021

MYDIN Beli & Menang

Rebut baucar bernilai RM200

Dengan pembelian bernilai RM30 bagi barangan jenama eksklusif terpilih di MYDIN dalam satu resit, anda berpeluang memenangi baucar bernilai RM200.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menghantar resit pembelian melalui Facebook Messenger MYDIN bersama maklumat anda dan seramai 20 pemenang bertuah akan dipilih 2 minggu selepas peraduan berakhir.

Tarikh: 5 April – 6 Mei 2021

Nak kereta baru? Rebut Axia 1.0 dari Dettol x MYDIN

Hanya bermodalkan RM15 produk Dettol dalam satu resit, anda berpeluang menangi sebuah Axia 1.0 (M) untuk dibawa beraya tahun ini.

Hantar gambar resit dan maklumat anda (nama penuh dan no kad pengenalan) ke WhatsApp 017 251 3924 dan jawab soalan “Apakah nama kempen Dettol Ramadhan”, untuk memenangi kereta impian anda.

Menangi Yamaha Lagenda 115Z bersama Fitti

Haa.. Untuk ayah-ayah, jom rebut peluang menangi motosikal baru dengan membeli lampin jenama Fitti Day & Night Pants serta mana-mana produk jenama sama dalam satu resit.

Mudah je, hanya perlu hantar gambar resit dan butiran nama, kad pengenalan dan email, WhatsApp ke 012-616 8803.

Tarikh: 15 Mac – 15 Jun 2021

Beli Romano, Menang iPhone di MYDIN

Hadiah utama: iPhone 12 Pro bernilai RM4,899

Beli mana-mana produk berjenama ROMANO di MYDIN bernilai RM20 dan ke atas, ambil gambar resit dan Whatsapp ke +6016- 653 6618.

Tarikh: 1 April – 30 April 2021

MYDIN Fiesta Raya bersama Buttercup

Hadiah utama: Dyson V11 vacuum cleaner

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membeli produk Buttercup bernilai RM20 minimum dalam satu resit dan rebut peluang memenangi hadiah menarik seperti berikut,

  • Vakum Dyson V11
  • KitchenAid Artisan Mini 3.3L Quart Tilt-Head Stand Mixer
  • Panasonic Non-Humidifying nanoe Air Purifier
  • Baucar tunai MYDIN RM50

Tarikh: 20 Mac – 31 Mei 2021

Beli & Menang Colgate-Palmolive

Hadiah utama: TV LED jenama Phillips 43 inci bernilai RM1,499

Beli produk penjagaan rumah dari keluaran Colgate-Palmolive bernilai RM20 ke atas. Imbas atau WhatsApp resit ke +6011-2614 3097.

Gaya Raya dengan Samsung Galaxy Watch dari Aiken

Baju raya, kasut raya dah ada, tapi macam ada yang kurang. Menangi Samsung Galaxy Watch Active dengan pembelian produk penjagaan kulit Aiken bernilai RM20 ke atas dalam satu resit (termasuk satu Aiken Tea Tree Oil).

WhatsApp nama dan gambar resit anda ke 019 253 6282.

Tarikh: 1 Mac – 30 April 2021

Nak duit raya dari MYDIN?

Peraduan-peraduan di bawah ini khas untuk anda.

Beli gula pun boleh menang duit raya? Syoknya!

Dekat nak raya ni, tak sah kalau tak borong tepung dan gula untuk dibuat biskut raya. Dah alang-alang nak membeli, jom beli gula jenama CSR di MYDIN dan dapatkan peluang menangi duit raya berjumlah sehingga RM10,000.

Syaratnya, beli produk CSR bernilai RM7 dan ke atas termasuk satu pek Better Brown 1kg dalam satu resit. Whatsapp resit ke 013 693 0379 dan doalah banyak-banyak, moga duit raya ribuan ringgit jadi milik anda.

Tarikh: 1 April – 19 Mei 2021

Menang bersama Planta, Raya bersama Planta

Ini satu lagi produk yang wajib beli menjelang raya. Macam-macam biskut dan kuih boleh dibuat dengan Planta.

Alang-alang dah membeli, jangan lupa hantar resit bersama butiran Nama, no kad pengenalan ke WhatsApp 017 847 7484 untuk menangi duit raya RM4,000 dalam bentuk baucar MYDIN. Bolehlah raya sakan tahun ni.

Tarikh: 15 Mac – 9 Mei 2021

Duit Raya tunai RM1,000/minggu menanti anda dengan Lexus

Nak menangi beg baru edisi terhad jenama Sometime atau hadiah tunai bernilai RM1,000 setiap minggu? Beli Lexus minimum RM10 dalam satu resit di MYDIN. WhatsApp gambar resit ke 017 648 7654 dan rebut peluang menangi hadiah-hadiah menarik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Munchy’s di sini.

Retweet & Menang Duit Raya

Sambil berbaring pun boleh kumpul duit raya. Buat pengguna Twitter, gunakan kreativiti anda untuk retweet dan kongsikan kenapa anda patut dapat duit raya dari MYDIN. Mana tahu rezeki di hujung jari, senang-senang baucar RM100 boleh jadi milik anda. Boleh beli kasut raya. Yeay!

Tarikh: 21 April – 27 April 2021

‘Raya Kau Hijau’ bersama Safi

Nak cecantik masa raya ni, mestilah kena beli produk penjagaan diri, kan? Dengan pembelian produk Safi di MYDIN, anda berpeluang menangi duit raya sebanyak RM100 yang akan dikreditkan dalam Touch n Go e-wallet.

Bermodalkan belanja RM20 produk Safi dalam satu resit dan menghantar bukti pembelian ke WhatsApp 010 234 6018, anda sudah boleh rebut peluang menjadi salah satu dari 100 orang pemenang duit raya Safi. Semoga berjaya!

Tarikh: 15 April – 14 Jun 2021

Spin & Win MYDIN

Menangi e-baucar apabila anda membeli buah-buahan dan/atau sayur-sayuran bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit di MYDIN.

Tarikh: 12 April – 12 Mei 2021

Nak lagi duit raya?

Kali ni MYDIN betul-betul bermurah hati. Tak cukup satu, dua, malah enam tawaran duit raya, MYDIN bersama Shokubutsu nak belanja anda baucar bernilai sehingga RM10,000.

Tarikh: 15 April – 31 Mei 2021

Dah bermacam tawaran duit dan hadiah raya MYDIN beri, hanya tinggal anda untuk beraksi. Kalau berbelanja pun boleh menang hadiah, tunggu apa lagi? Jom raya sakan tahun ini dengan duit dan hadiah raya dari MYDIN.

Amira

Love yourself.