Baik burung belatuk utara jantan atau betina, kedua-duanya terkenal sebagai machine gun flickers. Ianya kerana burung belatuk utara ini mampu menghasilkan bunyi (ketika mematuk) pada bahagian logam kedengaran sangat mirip dengan senapang sebenar.
The Northen Flicker merupakan burung pelatuk asli dari sebahagian besar Amera Utara, bahagian Amerika Tengah, Cuba dan Kepulauan Cayman. Burung ini memiliki panjang tujuh hingga 15 inci.
Dilaporkan, dari awal musim bunga hingga pertengahan musim panas, burung ini akan disedari oleh penduduk dengan membuat bunyi seperti gendang yang kuat.
Di samping itu, bunyi yang dihasilkan merupakan panggilan mengawan dan cara untuk membina wilayah. Namun, ditelinga manusia ianya kedengaran seperti sepanang, maka terhasillah julukan burung iaitu machine gun flickers.
Bunyi yang dihasilkan oleh patukan mereka kebiasaannya hanya beberapa saat, tetapi boleh mencapai 25 kali ganda dari patukan asal.
Walaupun begitu, burung ini menyebabkan kerosakkan kepada kediaman di banyakkan kawasan di Amerika Utara. Mereka merosakkan papan lapis, cadar, kayu dan lain-lain lagi.
Jika burung ini telah ‘mendarat’ dipermukaan untuk mematuk, mereka akan menggunakan apa saja. Salah satunya, gelongso logam atau antena TV hingga pagar pembatas dipinggir jalan.
sumber: Oddity Central