Kalau kita dapat bertutur lebih daripada satu bahasa, tu dah dikira ‘lejen’ kan? Bukan senang tau nak pelajari banyak bahasa dalam satu tempoh masa. Perlukan latihan setiap masa.
Biasanya kita dengar orang tu boleh fasih Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada yang fasih Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Tapi amat jarang sekali kita dengar ‘orang kita’ boleh fasih Bahasa Korea kan?
Dan lebih menarik, sambil-sambil fasih berbahasa Korea, boleh pula bertutur dalam loghat negeri yang ‘pekat’. Itulah yang dibuat oleh netizen bernama Nuraezzatie apabila dia bertutur dengan Bahasa Korea dan loghat Negeri Sembilan dalam satu masa yang sama.
Gadis ini memuat naik rakamannya menerusi TikTok baru-baru ini. Memang kelakar, jom tonton video in.
@nuraezzatie POV : When you were born in Korea but living your life time in Negeri Sembilan 🤪 #한국어 #한국어연습 #한국어말하기 #fypp #fypmalaysia🇲🇾
Ramai betul yang terhibur dengan si gadis mix Korea-Negori ni berceloteh. Apa taknya, waktu bercakap Korea, muka memang serius dan sopan habis. Nampak profesional. Tapi bila tukar ke Negori, terus berubah mimik muka.
Jom tengok apa kata netizen.
“Suka betul transition tu..”
“Sopan je time Korea, sampai part negori macam makcik bawang bebel…”
“Macam ada suiz on off gitu..”
“Masuk nismilan level lain..”
“Content akak ni paling rare..”
Sumber: TikTok Nuraezzatie