Siakap Keli

Viral Beg Kapal Terbang Louis Vuitton, Tak Sangka Harganya Lagi Mahal Daripada Beberapa Kapal Terbang Sebenar

Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi rekaan beg kapal terbang terbaru dari Louis Vuitton ini mempunyai nilai yang lebih tinggi dari kapal terbang sebenar.

Direka untuk musim luruh dan musim sejuk 2021, ia dijual dengan harga $ 39,000 (RM159,724) dan dilancarkan pada bulan Januari yang lalu.

Dengan menggunakan kanvas monogram khas Louis Vuitton, beg eksklusif yang direka oleh Virgil Abloh itu  dilengkapi dengan ‘kokpit’, sayap dan juga enjin. Diatas ‘bumbungnya’, terdapat pemegang serta tali bahu.

Ia menjadi perdebatan di media sosial dengan ada yang mengatakan bahawa harganya sama dengan sebuah kapal terbang sebenar. Dia membuktikan bahawa pesawat sebenar akan lebih murah seperti pesawat enjin tunggal Cessna 1968 yang tersedia dengan harga $32,300 (RM132,284).

Menurut PlaneCheck.com pula, sebuah Cherokee Piper PA-28-140 1967 kini dijual di UK dengan harga $ 39,572 (RM162,067). Sementara Mooney M20E Super 21 1965 pula dapat dibeli di Sepanyol dengan harga $ 36,127 (RM147,958).

Walaupun kelihatan unik dan menarik, ada yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap harganya sehingga ada yang mengatakan lebih rela membeli kapal terbang sebenar, lapor The Indian Express.

Pun begitu, apa yang pasti adalah jenama itu mempunyai target audience yang tersendiri di mana mereka tidak kisah untuk membelanjakan wang walau untuk ratusan ribu ringgit.

Sumber: The National News, The Indian Express

Sofea

There's always another side to every story