Siakap Keli

Abdul Halim Hidap Kanser Pangkal Hidung Sudah Meninggal Dunia, Ini Sebab Pemergiannya Jadi Tular

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Satu kiriman daripada laman Facebook Maz Qm yang merupakan kakak kepada Abdul Halim yang menghidap kanser pangkal hidung memaklumkan bahawa adiknya sudah kembali ke rahmatullah pada jam 3 petang tadi.

Sebelum ini, Arwah Abdul Halim yang berusia 26 tahun disahkan menghidap penyakit kanser pangkal hidung sejak 6 tahun lalu.

“Tamatlah penderitaanmu selama 6 tahun, perginya di bulan yang baik….”

Kisah penderitaan Abdul Halim ini pernah tular di media sosial tentang seorang pelajar sanggup menjual arnab untuk membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN).

Daripada kisah tersebut, ramai yang memberi bantuan dari segi kewangan dan keperluan untuk merawat penyakitnya.

Lebih meluluhkan hati, sejak kebelakangan ini penyakitnya bertambah teruk dah seluruh ahli keluarganya redha dengan takdir Allah.

Semoga Abdul Rahim ditempatkan bersama orang beriman dan moga ahli keluarganya dikuatkan hati serta tabah menghadapi dugaan ini.

 

Sumber: Maz QM

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang