Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Maybank Akan Lakukan Penyelenggaran 4 Mei Ini, Beberapa Perkhidmatan Terlibat Termasuk ATM Dan Maybank2u

Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa penyelenggaraan harian akan dilakukan pada 4 Mei 2021 (Selasa), bermula dari 11.30 pm sehingga 11.59 pm.

Menurut pihak Maybank, penyelenggaraan tersebut dibuat untuk memudahkan orang ramai menikmati pembelian secara atas talian pada 5.5 ini tanpa ada gangguan.

Antara servis perbankan Maybank yang tergendala ialah:

• Maybank2u, MAE App, QRPayBiz App & Wealth App

• FPX Online Payments

• Debit Card Transactions

• Self Service Machines (ATMs, Cash Deposit & Cheque Deposit machines)

Bagi mengelakkan sebarang masalah transaksi pada tempoh tersebut, Maybank menasihatkan agar melakukan transaksi lebih awal

Sumber: Maybank

Aqmal Ezany

I write what is right