Siakap Keli

“Saya Minta Maaf Tak Kenal Tya” – Fauziah Nawi

Baru-baru ini kecoh apabila salah faham diantara seorang pelakon veteran, Fauziah Nawai dan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Ariffin tular di media sosial, Twitter.

“Saya sudah mohon maaf dengan ibu masa shooting lagi,” Tya Ariffin memaklumkan.

Kontroversi ini dikatakan berlaku semasa pengambaran drama pendek sempena hari raya, ‘Sesudu Kebahagian’ milik Tya pada 29 Mac lalu.

Hal ini turut dikongsi melalui laman Twitter milik seorang wanita dipercayai staf Tya Ariffin.

Dalam masa yang sama, Tya Ariffin turut memaklumkan, “Apabila tiba di lokasi penggambaran, saya dimaklumkan ibu menyangka ia hanya projek membabitkan pelajar universiti. Malah, dia hampir tidak mahu meneruskan penggambaran dan mahu pulang ke rumah.

“Akhirnya kata sepakat dicapai apabila bayaran dinaikkan dan penggambaran pun diteruskan. Ibu juga meminta maaf kerana tiba lewat disebabkan masalah tak terduga. Mujur ibu sangat profesional dan penggambaran tidak mengambil banyak ‘take’. Jadi ia mempercepatkan proses penggambaran.”

Susulan isu ini, Fauziah Nawai turut menjelaskan,  “Saya memang tak tahu siapa Tya dan pengambaran tu untuk siapa. Masa itu saya ingatkan projek ini hanya melibatkan pelajar universiti.

“Tapi, bila sampai sana baru saya tahu pengambaran itu untuk drama pendek melibatkan iklan produk.  Apabila dimaklumkan siapa Tya dan tujuan pengambaran, saya beritahu kena buat perbincangan harga lain.

“Saya minta maaf sebab tak kenal Tya. Alhamdulilah masalah itu selesai dan saya jalankan tanggungjawab seperti yang diharapkan.”

Iklan tersebut dilancarkan pada 30 April lalu melalui IGTV milik Tya Ariffin dan mendapat perhatian rata-rata netizen kerana dikatakan mengundang air mata dan turut terkesan walaupun ianya hanya iklan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mutyara HQ (@mutyarabeauty)

Sumber: Tya Ariffin

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.