Kek adalah suatu hidangan pemanis mulut yang amat digemari ramai. Terdapat pelbagai kek yang boleh dibuat. Dengan resipi dan cara yang betul, kek tersebut pasti akan dapat dihasilkan.
Seorang pengguna Facebook bernama Nor Elyani Ramli ada berkongsikan tentang cara dan resipinya membuat salah satu kek yang digemari ramai iaitu kek marble.
Apa yang menariknya ialah, dia menghasilkan kek tersebut tanpa menggunakan oven.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara dan resipinya membuat kek tersebut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Disclaimer
———
Sebab ramai yang tanya: periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlobang ke.

Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat umah sendiri. Kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je.

Lepastu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecik dalam 45min.

Tak payah buh air masa bakar, masukkan dia saje dalam tu,dengan api kecik ye.