Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

“Tiada Sebarang Aktiviti Rentas Negeri Berlaku. Sebaliknya..” Siti Nurhaliza Perjelas Berhubung Isu Tak Patuh SOP PKPB

Berhubung dengan isu yang tular yang dikaitkan dengan penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa mengenai majlis tahnik anak lelakinya pada 26 April yang hangat dibincangkan di media sosial, beliau menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah memuat naik satu penjelasan berkenaan dakwaan tidak mengikuti SOP dan terdapat aktiviti rentas negeri yang berlaku pada majlis itu diadakan.

Menurut beliau, dakwaan berkenaan terdapat aktiviti rentas negeri yang membabitkan seorang pendakwah bebas dari negeri lain adalah tidak benar dan individu secara kebetulan berada di Kuala Lumpur ketika majlis dilangsungkan.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” jelasnya.

Salam rakan-rakan semua. Maaf andai pihak kami mengambil sedikit masa berkenaan hal ini.ISNIN-3 MEI 2021, KENYATAAN MEDIA

Posted by Siti Nurhaliza on Sunday, May 2, 2021

Selain daripada itu, mereka juga turut menyatakan bahawa acara tersebut dibuat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malahan, ianya juga turut dibahagikan kepada 3 sesi dengan bilangan tetamu yang terhad dan dihadiri keluarga terdekat.

Bagi menjawab persoalan berkenaan kehadiran Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri pula, mereka menyatakan bahawa acara tahnik pada sebelah siang yang dihadiri oleh menteri itu bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

“Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” ujarnya.

Mereka juga turut menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan ini bukanlah untuk mempertahankan diri mereka sebaliknya untuk memberikan pencerahan berkenaan kekeliruan dan salah faham yang timbul pada pihak tertentu.

Akhir sekali, mereka memohon maaf atas segala salah faham yang berlaku berkenaan dengan majlis tahnik anak mereka itu.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya.

Sumber: Siti Nurhaliza