Siakap Keli
Gambar Hiasan (Besar) Via Bernama

Tular Selangor Akan Dikenakan PKP Pada 4 Atau 5 Mei & Poster SOP PKP 10-20 Mei Libatkan Beberapa Negeri, MKN Sahkan Ianya Palsu

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan media yang dikeluarkan telah menafikan bahawa satu kenyataan yang tular mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor pada 4 atau 5 Mei ini serta beberapa arahan dan cadangan yang berkaitan dengan keputusan Mesyuarat J/kuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor bertarikh 1 Mei 2021 adalah palsu.

Selain daripada itu juga, MKN turut menafikan kesahihan berkenaan satu lagi poster yang bertajuk SOP PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 10 – 20 MAY 2021 yang telah tular di media sosial.

MKN menjelaskan bahawa poster tersebut telah tular sedangkan pihaknya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Sehubungan dengan itu, MKN menasihat orang ramai agar menghentikan penyebaran poster berkenaan yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.