Siakap Keli

(Video) Dipercayai Nyaris Dirompak, Warga Emas Ini Sembur Kumpulan Lelaki Dengan Minyak Petrol

Jenayah membawa padah. Itu apa yang dapat digambarkan mengenai cubaan sekumpulan lelaki merompak seorang warga emas di stesen minyak menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial.

Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna akaun TikTok itu menunjukkan sebuah van berhenti secara mengejut bersebelahan sebuah kereta yang sedang mengisi minyak.

Beberapa orang lelaki lelaki kemudiannya dilihat keluar dari kenderaan berkenan kerana dipercayai cuba merompak pemilik kereta iaitu seorang warga emas.

Namun, belum sempat berbuat apa-apa, mujurlah angsa mengambil tindakan pantas dengan mencurahkan petrol ke arah mereka sebelum kesemua suspek melarikan diri.

Tetapi, setakat ini tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian berlaku.

@ahmdfhmi_27

Ni ko ore panggil sek jahak rego muroh 😂 #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia

♬ original sound – Teuku adam – Teuku adam

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut meluahkan rasa ‘puas hati’ melihat kesemua suspek menerima nasib sedemikian.

Malah ada yang menyarankan mangsa sepatutnya mengambil tindakan ‘ekstrem’ iaitu dengan membaling pemetik api untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Makan minyak, sebulan tak hilang bau

Lepas tu lempar pemetik api, baru jadi ‘sate’

Nasib isi minyak banyak, kalau RM5 kejap je dah habis

Sumber: Tik Tok ahmdfhmi_27

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.