Siakap Keli

(Video) “Suami Korang Camni Tak?,” Isteri Bawa Kereta, Tangan Suami Sentiasa Di ‘Handbrake’

Kebiasannya, suami akan memandu kereta manakala si isteri di sebelah cukuplah sekadar menjadi co-driver. Bukan apa, katanya lebih selamat untuk sampai ke destinasi, berbanding jika stereng dipegang oleh wanita. Rasa berdebar tu lain macam!

Seperti perkongsian video pendek di akaun TikTok oleh seorang isteri yang menunjukkan gelagat suaminya yang berada di kerusi penumpang ketika dia sedang memandu.

Lucu, apabila tangan suami dilihat tidak lepas dari memegang erat handbreak atau brek tangan. Alahai, risau betul sekiranya terjadi apa-apa. Suami lain di luar pun macamni juga ke? Tak confident biarkan isteri memandu, mengantuk macam mana sekalipun sanggup tahan mata!

@dianadino76

nape ekk tangan tu suka duk kat handbrek🤣🤣🤣

♬ Kasih Orang Muda – Fahrenheit

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wanita dilihat turut berkongsi pengalaman sama apabila mereka memandu kenderaan. Bukan sahaja suami sudah standby memegang handbreak, ada yang berubah menjadi ‘pegawai JPJ’, penuh peraturan sekali dengan pakej membebel. Memang kelakar!

Pada masa yang sama, para suami di ruangan komen juga bersetuju dengan tindakan  memegang handbrake sebagai langkah persediaaan sekiranya terjadi apa-apa. Wanita katanya bila dah memandu out of radar. Amboi!

Sekali je pernah bawa suami tu pun lepas lulus lesen..

Suami saya dah standby break kat kaki

Tindakan yang betul bang, kalau jadi apa-apa kita yang kena..

Sumber: TikTok dianadino76

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.