Siakap Keli
Gambar Kredit: InDaily

Was-Was Beli Air Kemudian Minum Dari Peti Yang Ada Arak, JAKIM Jelaskan Hukumnya

Sesetengah pasaraya akan menempatkan minuman halal dan minuman keras berada dalam satu peti ais.  Dalam sebuah hadis masyhur, Rasulullah SAW melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak. Golongan tersebut adalah orang yang memerah, yang meminta perah, yang minum, yang membawa, yang dibawa kepadanya, yang menuangkan arak, yang menjual, yang memakan hasil jualan arak, yang membeli dan yang dijual arak untuknya.

Jadi, boleh ke sebagai seorang muslim membeli minuman tidak beralkohol didalam peti yang sama terdapatnya arak dan kemudian minum air berkenaan?

Apakah ada unsur syubhah pada minuman tersebut disebabkan berada dalam peti ais yang sama? Apakah kita boleh tergolong dalam 10 golongan yang terlibat dengan arak?

Ikuti penjelasan lebih lanjut dari portal rasmi kemusykilan agama JAKIM.

Assalamualaikum..saya Ingin Bertanya Bolehkah Kita Minum Air Yang Dijual Dalam Peti Ais Yang Dalamnya Berkongsi Dengan Air Arak,biarpun Arak Itu Berada Di Tingkat Bawah Sekali?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara / Saudari yang dirahmati Allah,

Harus minum air (yang halal) walaupun ianya disimpan dalam peti ais yang berkongsi dengan arak kerana ianya terkandung dalam tin atau botol yang berasingan.

Wallahua’lam

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Fatimah MN