Siakap Keli

50 Tahun Amalan Berbisik Untuk Tawar Harga Di Pasar Bisik, Kuala Muda, Ini Yang Berlaku Bila Covid-19 Melanda

Pasar Bisik meruapakan pasar yang sangat unik sejak turun temurun di Kuala Muda, Penaga.  Suasana di sana sangatlah tenang tanpa sebarang laungan dan teriakan yang menjadi kebiasaan di pasar lain.

Apa yang istimewanya tentang pasar ini, para peniaga dan pembeli berbisik antara satu sama lain dan selang beberapa minit bilangan jari sahaja yang ditunjukkan sesama mereka.

Amalan berbisik sejak 50 tahun lalu…

Gambar Sekadar Hiasan

Itulah keunikan di Pasar Bisik menjalankan urus niaga atau aktiviti bidaan ikan secara berbisik sejak 50 tahun lalu kekal hingga ke hari ini. Aktiviti bidaan ikan secara berbisik dianggap pelik dan mungkin tidak lagi diamalkan oleh mana-mana pasar lagi.

Menurut satu sumber, pasar ini terletak di sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah dikatakan mula beroperasi sejak tahun 1960-an lagi.

Hari ini tradisi berbisik sudah tidak dibenarkan…

Sekadar Gambar Hiasan

Namun, hari ini tradisi berbisik sudah tidak dibenarkan lagi memandangkan rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang penularan Covid-19 ini.

Hal ini demikian kerana semua pihak bertanggungjawab memastikan rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan.

Ini antara SOP yang perlu diikuti sekiranya anda pergi ke pasar Bisik ini.

Para nelayan hanya perlu meletakkan tanda harga hasil tangkapan dan tidak dibenarkan untuk berbisik bagi menjual hasil laut tersebut. Selain itu, SOP yang lain turut perlu ikut seperti jarakan sosial, pengambilan suhu badan dan merekod kehadiran pengunjung menggunakan aplikasi MySejahtera.

Walaupun amalan berbisik adalah satu keunikan di pasar itu dalam urusan tawar menawar, namun dalam keadaan sekarang para nelayan dan pembeli harus mementingkan soal kesihatan dan keselamatan terlebih dahulu.

 

Sumber rujukan: Bernama, orang kata

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang