Siakap Keli

Bersih Macam Baru Beli, Cuci Sofa Raya Korang Dengan ‘Foam Cleaner’, Modal RM6.50 Je

Kurang dari 10 hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Pasti ada yang sudah sibuk melakukan persiapan seperti mencuci dan mengemas rumah bagi meraikan kedatangan tetamu.

Salah satu yang sukar dibersihkan adalah sofa. Tambah pula jika sofa yang berwarna cerah, daki dan kotoran akan jelas kelihatan. Memang spoil dan mencacatkan pemandangan.

Tetapi, sebenarnya terdapat cara mudah dengan kos yang murah untuk mencuci sofa di rumah anda seperti video yang dikongsikan oleh seorang individu menerusi akaun TikTok.

Tak perlu hantar kedai, hanya cuci sendiri dengan menggunakan ‘foam cleaner’ berharga RM6.50. Hasilnya, segala kotoran akan hilang dan sofa bersih seakan baru dibeli! Bolehlah cuba raya ini!

@eren_612

#fyp #foryoupage #raya #tips Selamat mencuba bersihkan sofa anda😘like komen follow and share untuk content yg menarik✨

♬ bunyi asal – Kholif Mael – Kholif Mael

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat mengakui keberkesanan produk tersebut yang dikatakan sangat membantu membersihkan kotoran bukan sahaja pada sofa, tetapi car seat, seat stroller, tilam dan lain-lain lagi. Selamat mencuba!

Best guna benda ni, bau pun sedap

Dah guna memang menjadi!

Sumber: TikTok eren_612