Siakap Keli
Foto: Bernama

Lelaki Cedera Kereta Dihempap Pokok

BUKIT MERTAJAM, 4 Mei – Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang sedang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Utama, Kampung Pelet di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.49 petang memaklumkan kejadian tersebut.

“Sebaik pihak bomba tiba, terdapat sebatang pokok tumbang melintangi jalan dan menghempap sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dan menyebabkan seorang lelaki yang memandu kenderaannya cedera namun mangsa telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya mangsa mengalami beberapa kecederaan di badan namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk menjalankan kerja-kerja memotong pokok tumbang dan membersihkan jalan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP).

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang